Nasdaq Teraju Kenaikan Di Wall Street Di Sebalik Tekanan Dunia Terhadap Rusia

156

Saham-saham Amerika Syarikat (AS) meningkat di sebalik sesi dagangan yang bergelora di luar negara sementara harga minyak berundur ekoran pelabur memberi tumpuan terhadap mesyuarat pemimpin dunia yang bersatu menentang pencerobohan Rusia.

Syarikat-syarikat teknologi mendorong indeks-indeks saham AS dengan Nasdaq Composite naik 269.24 mata atau 2% pada 14,191.84 manakala indeks purata Dow Jones Industrial tambah 349.44 mata atau 1% pada 34,707.94 dan S&P 500 capai 63.92 mata atau 1.43% pada 4,520.16.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah menurun 0.2% dan indeks saham dunia MSCI, yang kini tidak termasuk syarikat-syarikat dari Rusia, capai 0.71%.

Mesyuarat di antara pemimpin-pemimpin Barat yang diadakan di Brussels pada Khamis telah menyaksikan persetujuan peningkatan kuasa ketenteraan di Ukraine dan lebih banyak sekatan kepada Rusia akibat pencerobohan, sekaligus menandakan kerajaan Moscow telah disisihkan.

Menurut Larry Fink, pengerusi BlackRock Inc, tindakan pengasingan ekonomi dan politik terhadap Rusia telah ‘menamatkan globalisasi yang berlaku sepanjang 3 dekad lalu’.

Dalam pada itu, dolar terus mengukuh buat kali ke-4 dalam 5 sesi apabila data ekonomi bagi pasaran buruh AS mendokong jangkaan firma mengenai tindakan agresif oleh Federal Reserve (Fed) dalam membendung inflasi, namun pergerakan raja mata wang tersebut di penghujung minggu sedikit terhad.

Indeks dolar naik 0.15% sementara Euro jatuh 0.05% pada $1.099.

Sementara itu, hasil perbendaharaan AS menyambung sesi penjualannya, dipacu oleh hasil bon tinggi dan data baru pasaran buruh serta tekanan kenaikan kadar oleh Fed.

Penanda aras nota hasil perbendaharaan 10 tahun naik 4.2 mata asas pada 2.363% dan hasil perbendaharaan 2 tahun canak 1.3 mata asas pada 2.126%.

Ringkasan mengenai pasaran komoditi, harga minyak mentah susut 2% selepas Kesatuan Eropah (EU) tidak bersetuju mengenai rancangan boikot minyak Rusia dan berita bahawa Konsortium Saluran Paip Caspian Kazakhstan akan disambung semula.

Ekoran daripada itu, minyak mentah AS jatuh 3.13% pada $111.33 setong dan minyak mentah Brent turun 3% pada $118.01 setong.

Emas naik ke paras tinggi lebih seminggu apabila kenaikan harga dan konflik perang Ukraine dorong harga jongkong safe-haven, di mana spot emas tambah 0.9% pada $1,961.43 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat