Nasib Malang Binance US Masih Berpanjangan! Aktiviti Pasaran Menunjukkan Penurunan Ketara

204

Tuntutan yang difailkan oleh SEC AS terhadap Binance.US telah memberi impak terhadap bursa pertukaran. Angka menunjukkan bahawa bahagian pasarannya baru-baru ini menjunam di bawah 5%, manakala “market depth” pasarannya menurun lebih daripada 75% sejak awal Jun.

Sebagai tambahan kepada tuntutan mahkamah, pengawal selia melancarkan perintah sekatan terhadap Binance.US untuk membekukan asetnya. Syarikat itu mengambil langkah segera dan mengeluarkan lebih daripada 100 pasangan dagangan daripada platformnya.

Berdasarkan data yang dibentangkan oleh Kaiko, bahagian pasaran Binance.US telah menurun daripada kira-kira 20% pada bulan April kepada kurang daripada 5% pada masa ini. Penurunan itu agak ketara pada bulan Mei dan awal bulan Jun.

Salah satu sebab kemungkinan penurunan yang dilihat bulan ini adalah disebabkan tekanan undang-undang yang datang dari SEC. SEC memfailkan saman terhadap Binance dan anak syarikat Amerikanya pada 5 Jun dan meminta mahkamah Persekutuan mengeluarkan perintah sekatan sementara untuk membekukan aset pasaran AS.

Tidak lama selepas itu, Binance menyahsenarai 101 pasangan dagangan pada platformnya, termasuk AAVE/USDT, MANA/USDT, BCH/BTC, DOT/BTC, MANA/BTC, XTZ/BTC dan banyak lagi.

Bursa pertukaran mata wang kripto lain turut mengalami situasi pegangan pasaran mereka berkurangan baru-baru ini antaranya Kraken dan Bitstamp. Menariknya, Coinbase berdiri di sudut bertentangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat