Near Protocol Bekerjasama Dengan Google Cloud, Adakah Token NEAR Akan Melonjak?

149

Near Protocol (NEAR) berjaya memeterai perjanjian bersama Google Cloud dalam menyediakan infrastruktur bagi platform permulaan Near Web3, Pagoda.

Near Protocol dikatakan merupakan platform aplikasi decentralized (DApp) yang mengutamakan kebolehgunaan dalam kalangan pembangun serta pengguna.

Malah ia juga adalah kontrak pintar dan blockchain proof-of-stake (PoS) yang menggunakan teknologi sharding.

Manakala Pagado berfungsi menyediakan pembangunan Web3 yang dibina di Near yang dilancarkan pada Februari 2022.

Kerjasama ini bakal memberikan Near sokongan teknikal susulan Google Cloud menyediakan infrastruktur untuk pembekal nod Near Remote Procedure Call kepada Pagoda.

Menurut pengarah aset digital Google Cloud Carlos Arena, infrastruktur syarikatnya turut membenarkan pembangun Near satu kaedah untuk “build and scale”.

Tambahnya lagi, syarikatnya akan terus menyokong produk dan perkhidmatan baharu pada platform berasaskan blockchain.

Dalam pada itu, Google Cloud pernah bekerjasama dengan platform blockchain kontrak pintar Binance BNB Chain pada bulan September bagi membina infrastruktur Google Cloud yang selamat dan dengan sumber terbuka.

Dan ia juga membenarkan syarikat pemula membina produk serta perkhidmatan pada blockchain BNB.

Setakat penulisan artikel ini, token NEAR telah menunjukkan peningkatan ke paras sekitar $3.70, meningkat sekitar 0.80%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat