NEAR Protokol – Evolusi Rangkaian Infrastruktur Yang Lebih Efisien

152

NEAR Protokol merupakan platform aplikasi desentralisasi yang direka untuk menjadikan aplikasi tersebut dapat digunakan di web.

Rangkaian ini juga dijalankan berdasarkan kepada mekanisme konsenses Proof-of-Stake (PoS) yang disebut sebagai Nightshade yang mana tujuan utamanya adalah untuk menawarkan skalabiliti dan kos yang lebih stabil.

Alex Skidanov dan lllia Polosukhin merupakan pengasas kepada NEAR Protokol dan telah melancarkannya pada April 2020 dengan permulaan edaran pasaran sebanyak 1 Bilion token NEAR.

Selain itu, tujuan pembangunan NEAR Protokol adalah digunakan untuk memproses transaksi dan menyimpan data serta menjalankan node pengesahan di rangkaian dengan menggunakan token NEAR.

Melihat daripada carta NEAR/USDT, pergerakan harga NEAR sedikit mendatar (sideway) dan bergerak perlahan di antara zon SBR (support become resistance) $3.40 dan paras sokongan $2.70 untuk diperdagangkan di sekitar $3.

Pada carta harian, dapat dilihat juga terbentuknya corak Symmetrical Triangle yang mana memberi isyarat kemungkinan yang perlu dinantikan pelabur sama ada harga akan melepasi trendline resistance atau trendline support untuk arah tuju harga seterusnya.

Jika pergerakan harga berjaya melepasi trendline resistance, harga NEAR dijangka bakal menguji paras SBR $3.50 sebelum jangkaan untuk melonjak lebih tinggi.

Kenaikan yang lebih tinggi bakal menuju ke paras SBR seterusnya sekitar $4.25 dan bakal memberi isyarat kepada para pelabur untuk harga membuat perubahan trend.

Sekiranya harga meneruskan rentak penurunan dan melepasi trendline support, pergerakan harga NEAR dijangka bakal menguji semula paras sokongan $2.55 dan kekal dalam pergerakan trend bearish.

Sekiranya trend bearish lebih jelas mendominasi, paras sokongan terendah sekitar $1.70-$2.0 akan diuji untuk dinilai sama ada zon tersebut mampu untuk menyokong pergerakan harga kembali membuat trend bullish.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga NEAR masih lagi bergerak perlahan dan susut sekitar 1% untuk diperdagangkan di paras harga $3.

Lihat gambar carta matawang kripto NEAR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat