Negara Barat Tidak Senang Duduk! Rusia Hanya Tinggal ‘Selangkah’ Dalam Pelancaran CBDC!

3,208

Rusia dilaporkan semakin hampir dan berada pada landasan yang tepat untuk melancarkan CBDCnya pada awal tahun depan dan akan menggunakan mata wang baharu itu dalam penyelesaian bersama dengan China yang telah pun menguji Yuan digitalnya, kata seorang ahli parlimen kanan Rusia dalam satu temu bual.

Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan hegemoni AS ke atas sistem kewangan global, kata laporan media.

Dalam salah satu wawancara, Anatoly Aksakov, ketua jawatankuasa kewangan di dewan rendah Rusia parlimen, menyatakan bahawa tema aset kewangan digital, ruble digital dan mata wang kripto kini semakin rancak di perkatakan dalam masyarakat rentetan daripada sekatan yang dikenakan oleh barat sehingga menimbulkan masalah dalam pemindahan wang.

Berbekalkan matlamat tersebut, Rusia secara terus meneru mencari alternatif bagi mengatasi masalah tersebut. Atas dasar itu, lanjut Aksakov, “Jika kami melancarkan ini, maka negara lain akan mula menggunakannya secara aktif pada masa hadapan, dan kawalan Amerika ke atas sistem kewangan global akan berakhir dengan berkesan,”.

Ruble digital telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu. Ia bertujuan terutamanya untuk memodenkan sistem kewangan negara dan mempercepatkan pembayaran. Tetapi memandangkan sekatan yang dikenakan, pelaksanaannya dipercepatkan dan bank Rusia dilaporkan sedang mengujinya.

Lazimnya, Rusia meneruskan pendekatan mengetepikan yang ketat terhadap aset digital, dan projek CBDC yang telah dirancang. Dengan keadaan yang semakin berubah, bank pusat dipercayai telah menyederhanakan pendiriannya terhadap rang undang-undang peraturan kripto.

Pada awal bulan ini, Kementerian Kewangan dan bank pusat bersetuju untuk menggunakan mata wang kripto dalam pembayaran rentas sempadan untuk memudahkan perdagangan negara dengan negara lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat