Negara Pengguna Akan Bertemu Untuk Kawal Harga Minyak!

1,664

Dagangan minyak tergelincir lebih rendah menjelang mesyuarat negara-negara pengguna yang juga anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) untuk membincangkan mengenai pelepasan baharu rizab kecemasan bersama pengeluaran besar yang dirancang oleh Amerika Syarikat.

Ketika penulisan, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan suram pada sekitar harga $107 setong selepas susut sekitar 4.6% pada sesi Asia. Dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan lemah pada $99 setong susulan penurunan kira-kira 1.4%.

Presiden AS Joe Biden sebelum ini telah mengumumkan pengeluaran sebanyak 1 juta tong sehari dari simpanannya selama enam bulan pada Mei. Ini akan menjadi keluaran terbesar pernah dilakukan oleh Rizab Petroleum Strategik AS (SPR).

IEA dijadualkan bertemu pada jam 8.00 malam waktu Malaysia pada hari Jumaat, bagi membincangkan pelepasan minyak selanjutnya yang akan menyusuli perjanjian mereka sebelum ini pada 1 Mac untuk pengeluaran sekitar 60 juta tong.

Langkah ini dibuat bagi mengurangkan tekanan kenaikan harga minyak dunia yang telah meningkat tinggi sejak pembukaan semula dari Covid-19 dan perang Ukraine-Rusia.

IEA adalah sebuah organisasi autonomi antara kerajaan yang berpangkalan di Paris untuk bertindak balas terhadap gangguan fizikal dalam bekalan minyak, serta berfungsi sebagai sumber maklumat mengenai statistik mengenai pasaran minyak antarabangsa dan sektor tenaga lain.

Hanya negara anggota OECD boleh menjadi ahli IEA, ini termasuk Australia, Jerman, Itali, Jepun, New Zealand, Britain dan Amerika.

Sementara itu, OPEC+ berpegang pada komitmennya untuk mengekalkan tambahan pengeluaran semasa sebanyak 400,000 tong sehari pada Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat