Nem (XEM) Sebuah Rangkaian Blockchain Yang Unik!

229

NEM (New Economy Movement) sebuah ekosistem platform yang menggunakan blockchain dan kriptografi untuk menyediakan penyelesaian bagi perniagaan dan individu. XEM adalah matawang kripto asli bagi blockchain awam NIS1 NEM.

NIS1 beroperasi dengan cara yang sama dengan Bitcoin(BTC) dimana rangkaiannya mempunyai pengedaran nod bebas yang memproses dan merekodkan transaksi pada lejar awam yang dipanggil blockchain.

Blockchain NIS1 mempunyai beberapa ciri unik yang berbeza dari Bitcoin dan kebanyakan matawang kripto lain iaitu NIS1 menggunakan algoritma proof-of-importance (PoL) untuk memastikan kejujuran dalam transaksi pada rangkaian diproses dan direkodkan tepat pada masanya.

Teliti carta pergerakan semasa harga XEM/USDT.

Pembukaan pasaran pada minggu ini dapat dilihat XEM bergerak secara lemah diruangan suppport setelah membuat penyusutan harga dari paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $0.86 pada 3 Mac 2021.

Sekiranya pergerakan harga XEM berjaya untuk melepasi ruangan tersebut, zon SBR (support become resistance) seterusnya sekitar $0.25-$0.30 bakal diuji terlebih dahulu sebelum jangkaan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Namun, jika pergerakan harga masih tidak mampu untuk melepasi ruangan support dan memberi isyarat trend bearish, pergerakan harga dijangka bakal meneruskan penurunan sehingga menguji paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, XEM/USDT didagangkan pada $0.17. Koin kini berada di kedudukan ke-62 pada carta kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto XEM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat