Nestle Peruntukkan RM280 Juta, Perbelanjaan Modal Tertinggi Dalam 6 Tahun!

237

Nestle (Malaysia) Bhd, yang mencatat keuntungan bersih RM186.31 juta pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, telah memperuntukkan perbelanjaan modal tertinggi dalam enam tahun iaitu sebanyak RM280 juta pada tahun 2020. Perbelanjaan tersebut bertujuan untuk menyokong kapasiti pengeluaran mee Maggi pada masa depan serta menambahbaik inovasi produk dengan penambahan pengeluaran teknologi baru.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols menyatakan bahawa mereka menjangkakan pertumbuhan berterusan dalam kategori mee Maggi. Sehubungan dengan itu, syarikat itu berusaha untuk meningkatkan kapasiti kilang semasa untuk 10 tahun akan datang. Tambahnya lagi, pertumbuhan bagi produk tersebut didorong oleh aktiviti pelaburannya.

Sehingga 2019, Maggi telah merekodkan penjualan lebih dari RM1 bilion serta bekerjasama dengan ‘billionaire brands’ untuk Nestle Malaysia. Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan tidak mendedahkan keupayaan pengeluaran kilang mi Maggi kerana melibatkan informasi sulit.

Di samping itu, tahap pengeluaran teknologi tinggi baru di Shah Alam juga mendorong jenama itu memasuki kategori pertumbuhan tinggi dengan potensi masa depan yang besar.

Pads suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, hasil pendapatan Nestle merosot 1.3% kepada RM1.43 bilion daripada RM1.45 bilion pada tahun lalu. Sementara itu, keuntungan bersihnya telah jatuh sebanyak 20.8% kepada RM186.31 juta untuk suku tersebut daripada RM235.22 juta pada tahun lalu. Hal ini demikian kerana perintah kawalan pergerakan (MCO) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Sebanyak 78% pelanggan Nestle terpaksa menutup perniagaan mereka khususnya restoran.

Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan tetap berusaha untuk memberikan hasil kewangan yang berdaya tahan serta mengekalkan pembayaran dividen sekurang-kurangnya 95% dari keuntungan bersih untuk pada tahun ini yang berakhir pada 31 Disember 2020. Tambahan daripada itu, jumlah dividen pada tahun ini telah ditentukan iaitu sebanyak RM2.80 untuk setiap saham.

Selain itu, mereka juga merancang untuk mengembangkan lagi sektor perniagaan mereka melalui medium e-dagang dan penghantaran produk ke rumah. Bukan itu sahaja! Nestle juga merancang untuk melancarkan sekitar kira-kira 20 produk baru tahun ini dan memfokuskan kepada produk yang memperoleh permintaan tinggi, termasuk 2 produk dalam beberapa minggu akan datang.

Meskipun agak terjejas dengan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan dan berhadapan dengan situasi mencabar, Nestle berkata mereka tetap akan mengekalkan tenaga kerja sedia ada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat