Netflix Kena Sound! Negara-Negara Timur Tengah Pertahankan Nilai Islam

539

‘Negara-negara Arab dah mula ambil tindakan, Malaysia macam mana?’

Tindakan Netflix yang terlalu membudayakan homoseksualiti dalam perkhidmatannya mengundang amarah negara-negara Islam di Timur Tengah.

Kerajaan Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Bahrain, Kuwait dan Qatar (Gulf Cooperation Council) yang berpopulasi Islam mengeluarkan amaran keras termasuk kemungkinan menyaman syarikat penstriman tersebut.

Hal ini kerana negara-negara tersebut mengatakan kandungan Netflix yang terus menerus mempromosikan homosekseualiti ‘bercanggah dengan nilai dan prinsip Islam’.

Ulas wakil yang membaca kenyataan rasmi dari Gulf Cooperation Council, andai Netflix masih berdegil dan meneruskan kandungan yang bercanggah dengan nilai Islam maka mereka akan mengambil tindakan undang-undang.

Sebagai rekod, saluran TV Ekhbariya di Arab Saudi pernah menjalankan temu bual bersama perunding tingkah laku dan keluarga yang mengecam promosi homoseksualiti Netflix terhadap kanak-kanak.

Ia kemudian telah mencetus perdebatan hangat dalam media sosial dan televisyenn di negara Teluk berkenaan kandungan Netflix yang dianggap berbahaya kepada kanak-kanak.

Dalam pada itu, pihak Netflix masih gagal dihubungi untuk sebarang kenyataan lanjut mengenai isu tersebut.

Setakat penulisan ini saham Netflix didagangkan naik 4.84% pada $228.96.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat