Netflix Rasa Livestream World Cup Atau Sebarang Acara Sukan Merugikan

118

‘Reaksi ini mungkin mengundang respon negatif peminat.’

Walaupun diapit masalah penurunan jumlah pengguna berbayar tahun ini, Netflix Inc dilihat masih berdegil dan tidak merancang untuk menawarkan tayangan sukan secara langsung (livestream) pada aplikasinya.

Perkara itu disahkan sendiri oleh eksekutif bersama Netflix Ted Sarandos dengan mengatakan syarikat tidak melihat sebarang keuntungan dengan menyewa siaran sukan buat masa sekarang.

Tambah Sarandos lagi bahawa membeli tayangan untuk sukan profesional adalah mahal kerana ia bergantung kepada kedudukan ekonomi syarikat televisyen.

Sebagai perbandingannya, pesaing rapat Netflix iaitu Apple TV+ dan Amazon Prime Video mula menambah kandungan sukan profesional yang kompetitif.

Difahamkan bahawa perkhidmatan-perkhidmatan itu mendapat hak untuk livestream liga bola sepak (MLS) dan liga ragbi (NFL) di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, NBCUniversal juga telah mula menayangkan perlawanan Sunday Night Football menerusi Peacock di TV.

Dalam pada itu, Sarandos dengan yakin mengatakan bahawa Neflix mampu untuk menambah pengguna tanpa menggunakan tarikan acara sukan besar buat masa ini sambil menyatakan bahawa mereka bukan anti sukan tetapi pro keuntungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat