Netflix Terpaksa Buang Pekerja Selepas Harga Saham Merudum Teruk!

834

‘Biasalah tu, bila keadaan memaksa maka terpaksalah.’

Bagai jatuh ditimpa tangga apabila syarikat penstriman, Netflix Inc yang kehilangan US$40 bilion pada beberapa minggu lalu kini terpaksa membuang pekerjanya pula.

Difahamkan Netflix sedang melakukan penstrukturan semula pemasaran selepas ia menyaksikan pertumbuhan penggunanya semakin susut dan sahamnya tumbang sebanyak 26%.

Ekoran daripada itu, Netflix telah menamatkan perkhidmatan beberapa pekerja di Tudum, sebuah laman sesawang (website) yang bertindak untuk mempromosi filem dan rancangan TV syarikat penstriman tersebut.

Tindakan tersebut dilihat merupakan satu langkah yang drastik oleh Netflix selepas Ketua Pegawai Pemasaran berprofil tingginya, Bozoma Saint John meletak jawatan pada bulan lepas.

Buat masa ini, Netflix dikatakan tidak akan menghentikan ataupun menyingkirkan Tudum kerana website tersebut adalah inisiatif terbaharu syarikat bagi membantu pasukan editorial dan promosi.

Dalam pada itu, beberapa pekerja yang dibuang telah menyuarakan luahan perasaan di media Twitter.

Seorang bekas pekerja Evette Dionne, yang dipercayai pengurus editorial dan penerbitan Netflix di Tudum menzahirkan rasa sedihnya yang hanya bekerja selama 7 bulan sahaja sebelum diberhentikan.

Setakat ini pihak Netflix tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai perkara ini.

Nota penulis:

Salam dihulur tanda ingatan, 
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Intraday.my titipkan,
Buat pembaca dan kenalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat