Netflix Tumbang! Hilang Lebih $40 Bilion Nilai Pasaran Saham Semalaman

2,329

‘Bukan nak cakap apa tapi penulis pun dah lama tak tengok Neflix sejak dua menjak ni.’

Syarikat gergasi perkhidmatan penstriman, Netflix menyenaraikan masalah inflasi, perang Ukraine, sekatan di Rusia dan peningkatan persaingan sebagai faktor utama kepada penurunan jumlah langganan pengguna buat kali pertama dalam lebih sedekad.

Terbaharu, Netflix menyaksikan sahamnya tumbang 26%, seterusnya menghakis US$40 bilion daripada nilai pasaran sahamnya.

Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pada Januari lalu, Netflix telah melaporkan pertumbuhan langganan yang lemah sehingga ia kehilangan separuh daripada nilainya.

Laporan terbaharu menyatakan bahawa Netflix telah kehilangan sebanyak 200,000 langganan pengguna pada suku pertama 2022, sedangkan ia meramalkan langganan suku tersebut bertambah 2.5 juta.

Buat masa ini Netflix dikatakan memiliki 221.6 juta pelanggan yang melanggan perkhidmatannya.

Walaupun pendapatan syarikat bagi suku tersebut naik 10% pada $7.87 bilion, namun ia masih di bawah ramalan Wall Street.

Oleh kerana demikian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Netflix, Reed Hastings, tidak menolak kemungkinan bahawa syarikat bakal menawarkan versi perkhidmatan lebih murah dengan sokongan pengiklanan.

Jelas Hastings, beliau tidak menggemari  pengiklanan dan lebih menggemari kesederhanaan langganan, namun, jelas sekali bahawa sokongan perkhidmatan pengiklanan membantu Disney dan HBO, maka ini tidak menolak idea pengiklanan bagi perkhidmatannya.

Terang lagi bersuluh bahawa zaman kejatuhan Netflix semakin hampir, dengan berakhirnya perintah sekatan perjalanan di hampir seluruh negara, orang ramai tidak lagi terikat di rumah.

Selain itu, kadar pertumbuhan ekonomi yang lembab daripada impak Covid-19 turut menambah luka yang terbuka, dengan rata-rata pengguna perkhidmatan penstriman tersebut memilih untuk membuat perkongsian akaun (shared account) berbanding untuk membuka akaun baru.

Seperkara lagi, peningkatan persaingan daripada gergasi lain seperti Amazon.com, Walt Disney dan Warner Bros Discovery serta Apple Inc yang mula menawarkan penstriman filem juga menambah tekanan.

Ini tidak diambil kira faktor mikro seperti aplikasi penstriman video lain seperti TikTok dan YouTube yang lebih diminati oleh pengguna muda zaman kini.

Tidak dilupakan juga perang Ukraine yang memisahkan Rusia dan negara-negara lain telah merencatkan pertumbuhan syarikat yang sudah mula dikenakan sekatan oleh pengawal selia Moscow.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat