Netizen Bengang AirAsia Kerap Tukar Jadual Penerbangan!

2,721

‘Makin ramai tak puas hati dengan Capital A ni. Kalau berterusan macam ni, boleh jadi punca perniagaan melingkup!’

Telah menjadi lumrah buat segelintir rakyat Malaysia yang memilih untuk menaiki kapal terbang bagi tujuan pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Apabila bercakap tentang ‘kapal terbang‘ tempatan, ia sudah jadi sinonim dengan syarikat penerbangan tambang murah negara, Capital A yang dahulunya AirAsia.

Sungguhpun begitu baru-baru ini Capital A telah dikritik teruk oleh warga maya (netizen) kerana menjadualkan semula penerbangan domestiknya beberapa kali tanpa notis kepada pelanggan.

Beberapa pengguna di laman Twitter telah menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati mereka kepada keputusan penjadualan semula Capital A yang dikatakan terlalu kerap.

Seorang pengguna menyatakan bahawa setiap kali beliau memilih AirAsia pasti penerbangannya dijadualkan semula dan pada hari sepatutnya penerbangannya berlepas, syarikat telah menjadualkan penerbangan tersebut sebanyak 2 kali.

Seorang lagi pengguna lain di laman Twitter turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana penerbangan dijadualkan semula tanpa notis awal.

Di sebalik ramai yang meluahkan rasa marah dan tidak puas hati, seorang pengguna Twitter lain sempat berjenaka dengan menyuruh Capital A menukar nama kepada ‘Capital F’ sebagai simbol kegagalan.

Dalam pada itu, AirAsia telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf rasmi ke atas kelewatan penerbangan domestik selama lebih 10 jam semasa cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja lalu.

Menurut permohonan maaf tersebut, AirAsia dikatakan akan melakukan segala yang termampu untuk meminimumkan sebarang gangguan kepada pelanggan dan memastikan semua orang dapat sampai ke tempat yang dituju dengan pantas.

Namun, mudah berkata daripada melakukan dan sehingga kini AirAsia masih lagi gagal menyelesaikan masalah kelewatan ataupun penjadualan semula penerbangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat