New Zealand Tunda Tarikh Pilihan Raya Umum

182

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah memutuskan untuk menunda tarikh pilihan raya umum di negara itu selama satu bulan berikutan peningkatan semula kes jangkitan coronavirus di Auckland.

Pilihan raya yang sepatutnya diadakan pada 19 September telah ditangguhkan kepada 17 Oktober.

Ardern memberitahu bahawa penetapan tarikh baru itu adalah bagi memudahkan calon-calon untuk membuat perancangan lebih baik dalam menjalankan kempen di tengah-tengah penularan Covid-19.

Pengumuman itu hadir setelah pembangkang dari Parti Nasional menggesa supaya pilihan raya ditunda berikutan perlaksanaan semula sekatan ketika tempoh berkempen bermaksud PM Ardern mempunyai kelebihan untuk menang.

Minggu lalu, sekatan tahap telah dikenakan semula di Auckland setelah beberapa kes baru Covid-19 telah dikesan di bandar itu. Pada Jumaat, sekatan tersebut kemudiannya dilanjutkan untuk tempoh 12 hari lagi berikutan angka kes jangkitan yang semakin meningkat.

Hari ini, sebanyak 9 kes telah disahkan, membawa jumlah kes aktif terkini di Auckland meningkat kepada 58.

Dolar kiwi yang telah dilemahkan oleh kenyataan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang bersedia untuk melaksanakan kadar faedah negatif, kembali meraih peningkatan pada sesi Asia dengan didagangkan meningkat di sekitar harga 0.6546 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat