News Penting yang Berpotensi Memberi Impak Besar Buat Pasaran Minggu Ini (13-17 Februari 2017)

81

US Dollar dikatakan bakal mengharungi minggu yang agak tenang bagi sepanjang minggu ini. Dalam masa yang sama, Data KDNK dari Jepun dan Jerman serta data inflasi dari UK dan Amerika Syarikat juga merupakan data yang akan menjadi tumpuan dalam minggu ini. Pelabur juga menantikan data jualan runcit dari US disamping inventori minyak mentah di sana sebagai data penting yang akan menggerakkan pasaran minggu ini.

1.Data KDNK Jepun 13 Februari 2017 (Isnin, 7.50am)

Ekonomi Jepun berkembang pada kadar 0.5 peratus pada suku ketiga tahun 2016 disebabkan peningkatan dalam eksport. Bacaan pada suku ini dijangka lebih baik dengan ramalan peningkatan sebanyak 0.2 peratus. Kadar pekerjaan dan upah dijangka meningkat pada kadar yang sederhana dengan pemulihan ekonomi terus dikekalkan.

  1. Data KDNK Jerman-14 Februari 2017 (Selasa, 3.00pm)

Pertumbuhan ekonomi Jerman melembab pada suku ketiga tahun 2016 disebabkan data eksport yang melemah. Negara yang mempunyai yang mempunyai ekonomi paling kukuh di Eropah ini berkembang pada tahap sederhana di antara Julai hingga September tahun lalu. Penganalisis ekonomi menjangkakan bacaan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 0.3 peratus bakal dicatat pada suku ini. Namun begitu, sesetengah penganalisis percaya bahawa undian Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah bakal memberi impak negatif ke atas aktiviti domestik. Satu lagi ancaman kepada ekonomi ialah dasar perdagangan Donald Trump yang memberi ancaman kepada import asing.

  1. Data Inflasi UK-14 Februari 2017 (Selasa, 5.30pm)

Data inflasi UK meningkat pada bulan Disember kepada 1.6 peratus merupakan kadar tertinggi sejak Julai 2014. Bacaan dijangka meningkat sebanyak 1.4 peratus oleh penganalisis ekonomi didorong oleh kenaikan harga makanan. Walau bagaimanapun, kejatuhan mendadak matawang Sterling menjadikan pengeluar perlu membayar 16 peratus lebih tinggi berbanding sebelum ini terhadap bekalan mentah.

  1. Data PPI AS-14 Februari 2017 (Selasa, 9.30pm)

Harga pengeluar di AS direkod melonjak sebanyak 0.3 peratus pada bulan Disember. Bacaan ini dijangka akan meningkat sebanyak 0.1 peratus oleh pakar ekonomi selepas kenaikan sebanyak 0.4 peratus bagi bulan sebelumnya.

  1. Ucapan Janet Yellen-15 Februari 2017 (Rabu, 11.00pm)

Pengerusi Fed ini dijangka akan memberi keterangan mengenai Laporan Dasar Monetari kepada Jawatankuasa Perbankan Senat di Washington DC. Yellen dijangka akan memberikan butiran lanjut mengenai kenaikan kadar AS oleh Fed disamping ketidaktentuan dasar perdagangan global yang terus menghantui pasaran.

Semoga berjaya dalam trading!

Sumber : Forex Factory

Analisa Teknikal Mingguan 13-17 Februari 2017

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat