News & Sentimen Gbp/Usd Minggu Ini (20-24 Februari)

52

Gbp/Usd mengakhiri sesi minggu lalu dengan dagangan yang ‘ranging‘ dan ditutup pada harga 1.2405 pada Jumaat. Pada minggu tersebut pasangan matawang ini susut 0.62%.

Data-data inflasi mula menunjukkan kejatuhan yang sejajar dengan keputusan Bank of England sebelum ini untuk mengekalkan kadar dan menunggu lebih bukti bagi membuat keputusan di masa akan datang. Kejatuhan data-data ini telah banyak melemahkan matawang Gbp dengan harga pengguna kurang daripada jangkaan dan juga kejatuhan pendapatan purata. Ini diburukkan lagi dengan penyusutan jualan runcit yang dikeluarkan pada Jumaat.

Kejatuhan Gbp dimulakan pada hari Selasa dengan harga pengguna susut 0.5% pada Januari dengan bacaan dari tahun ketahun naik 1.8% dari catatan 1.6% sebelum ini yang menunjukkan harga lebih banyak jatuh pada tempoh tersebut. Pound Sterling jatuh mendadak selepas data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd melemah hampir 100 pip ke paras terendah 1.2442.

Rabu pula, data purata pendapatan (Average Earnings Index) lemah dari jangkaan dengan kenaikan hanya 2.6% sehingga Disember dari 2.8% yang dicatatkan sebelum ini berbanding dengan jangkaan 2.8%.

Manakala pada Jumaat, perbelanjaan dalam sektor domestik UK semakin perlahan pada Januari selepas merekodkan penyusutan jualan runcit (retail sales) pada 2.3% pada Disember. Jualan runcit bulan lalu merekodkan kejatuhan 0.3% dengan jangkaan kali ini kenaikan di sekitar 1.0%.

Data minggu lalu secara keseluruhannya, mengekalkan jangkaan kepada tekanan kenaikan harga yang memberi kesan kepada kejatuhan jualan pada 2017 yang akan mengurangkan pertumbuhan ekonomi (GDP). Hal ini telah dijangka oleh Bank of England (BoE) yang masih legi mengekalkan polisi pelonggaran walaupun terdapat tanda-tanda kenaikan harga mendadak baru-baru ini.

Minggu ini ‘volatility‘ berkemungkinan semakin meningkat dengan Parlimen UK atau lebih spesifik lagi ‘House of Lords‘ akan mendebatkan isu Brexit pada hari ini dan Selasa. Selepas mendapat kebenaran dari ‘House of Commons‘ sebelum ini, kini halangan terakhir bagi meneruskan proses Brexit adalah ‘House of lords‘.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat