NFP – Amerika Mencatat Pertambahan Pekerjaan Terbesar Dalam Tempoh 10 Bulan Pada November!

358

Pasaran pekerjaan menunjukkan prestasi yang baik pada bulan November apabila nonfarm payrolls (NFP) mencatat peningkatan terbanyak dalam tempoh 10 bulan.

Hal ini didorong oleh peningkatan pengambilan pekerjaan dalam industri kesihatan dan para bekas pekerja kembali bekerja di GM General Motors (N: GM). Secara tidak langsung data ini mengesahkan bahawa ekonomi kekal berkembang dengan kadar sederhana walaupun terdapat kemerosotan dalam sektor pembuatan.

Jabatan Buruh melaporkan NFP A.S mencatat peningkatan sebanyak 266,000 dan kadar pengangguran jatuh kepada 3.5% pada bulan November. Bacaan ini jauh melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Wall Street iaitu dengan mensasarkan peningkatan pekerjaan sebanyak 187,000 dan kadar pengangguran kekal pada 3.6%.

Kadar pertumbuhan pekerjaan dicatat pada bulan November merupakan kadar tertinggi sejak bulan Januari. Antara sebab utama yang mendorong peningkatan pekerjaan ialah bekas para pekerja GM kembali bekerja dan peningkatan tawaran pekerjaan dalam sektor kenderaan bermotor dan kesihatan.

Kadar pendapatan sejam mencatat peningkatan sebanyak 3.1% setahun pada bulan November. Bacaan ini mengatasi jangkaan pakar ekonomi yang mensasarkan kenaikan hanya sebanyak 3%.

Pada minggu hadapan ahli-ahli The Fed akan bertemu dan memberi indikasi kuat bahawa tiada rancangan untuk mengubah kadar faedah kecuali keadaan ekonomi berubah secara signifikan.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.23% pada paras 97.600 setakat jam 10.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat