NFP Belum Keluar, Tapi USD Sudah Tergelincir Lebih Jauh!

394

Greenback terus tergelincir lebih rendah dengan didagangkan mendatar pada sesi Eropah ketika pasaran kini menantikan pengeluaran data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Indeks dolar kekal di paras terlemah 4 bulan berbanding kebanyakan mata wang utama lain, masih terkesan dengan jangkaan kenaikan kadar yang lebih perlahan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat akan datang.

Data pada Khamis menguatkan lagi keyakinan pasaran bahawa tekanan harga telah mereda, di mana ukuran inflasi pilihan Fed, perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) AS berkurang pada bulan Oktober.

Sementara itu, sentimen pasaran yang bertambah baik ekoran jangkaan peralihan dasar Covid-19 China ke arah pendekatan yang lebih longgar dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Kesannya, momentum pengukuhan dolar Aussie dan New Zealand diteruskan dengan sokongan daripada sentimen positif tersebut dan kelemahan mata wang gergasi US dolar.

Dalam pada itu, dagangan euro dan pound kekal menguat dengan masing-masing kukuh pada paras tertinggi 6 bulan dan 4 bulan berbanding greenback.

Presiden Bank Pusat Eorpah (ECB), Christine Lagarde memberi amaran bahawa beberapa dasar fiskal kerajaan Eropah boleh membawa kepada lebihan permintaan. Justeru, dasar fiskal serta monetari perlu berjalan seiring untuk pertumbuhan ekonomi mampan dan seimbang.

Menjadi tumpuan pelabur seterusnya adalah keluaran data NFP AS yang dijangka mencatatkan pertambahan pekerjaan lebih perlahan pada bulan November dengan kadar pengangguran pula kekal pada 3.7%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat