NFP – Pertambahan Perkerjaan Catat Pertumbuhan Perlahan Pada Bulan Disember!

427

Pertumbuhan pekerjaan yang dicipta di Amerika Syarikat pada bulan Disember adalah lebih perlahan daripada jangkaan pakar ekonomi, tetapi kadar pengambilan pekerja masih lebih daripada mencukupi untuk mengekalkan perkembangan ekonomi walaupun terdapat kemerosotan dalam sektor perkilangan akibat pertikaian hubungan perdagangan A.S dengan negara lain.

Jabatan Buruh A.S melaporkan pada hari Jumaat bahawa kadar pengganguran masih berada pada paras terendah 50 tahun lalu iaitu pada 3.5%. Berdasarkan ukuran lain yang lebih meluas telah jatuh kepada rekod terendah 6.7% pada bulan lepas walaupun kenaikan gaji merosot.

Laporan yang dikeluarkan ini mungkin tidak akan mengubah penilaian Rizab Persekutuan (the Fed) bahawa dasar ekonomi dan monetari yang diamalkan sudah memadai.

Laporan pekerjaan NFP AS masih menunjukkan peningkatan pada bulan Disember dengan penambahan sebanyak 145, 000 pengambilan pekerjaan daripada yang disasarkan untuk meningkat sebanyak 164, 000 pekerjaan. Angka yang dicatat pada bulan Disember bukan sahaja kurang daripada jangkaan tetapi juga jatuh daripada bacaan yang dicapai pada bulan November.

Peningkatan dalam pembacaan terutamanya didorong oleh kenaikan pengambilan pekerjaan dalam industri kesihatan dan bekas pekerja kembali bekerja di GM General Motors. N. Antara yang menyebabkan pertumbuhan yang perlahan pada bulan Disember adalah di sebabkan Thanksgiving Day.

Dengan penandatangan perjanjian perdagangan Fasa 1 dengan China yang bakal ditandatangani pada minggu hadapan, para penggubal polisi lebih yakin terhadap prospek ekonomi pada masa hadapan dan pada bulan lepas yang memberi isyarat bahawa kos pinjaman akan kekal sepanjang tahun ini. Para ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan pada akhir tahun lalu ialah pada kadar 2.3%.

Presiden A.S Donald Trump mengatakan pada 31 Disember lepas bahawa perjanjian perdagangan Fasa 1 dengan China akan ditandatangani pada 15 Januari yang akan berlangsung majlis penandatangan di Rumah Putih. Dalam masa yang sama Trump juga mengatakan bahawa beliau akan menandatangani perjanjian tersebut bersama dengan wakil atasan China dan susulan selepas itu, beliau akan ke Beijing bagi memulakan rundingan perdagangan fasa seterusnya.

Anda mungkin juga berminat