NFP Punca BTC Terjun Pandalela, Tapi Harga Sembuh Semula?

253

“Pergerakan BTC seram juga, memang sangat diluar jangkaan.”

Gagal mengekalkan kedudukannya, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berdarah sehingga $68,396 pada dua hari lalu sejurus selepas data NFP di Amerika Syarikat (AS) bagi Mei 2024 diterbitkan pada Jumaat lepas menunjukkan pengukuhan daripada jangkaan.

Dilaporkan, data NFP mencanak 272,000 pada bulan lalu melepasi kesemua 77 anggaran dalam tinjauan ahli ekonomi Bloomberg sementara hasil perbendaharaan dua dan 10 tahun meningkat kira-kira 12 mata asas.

Hasil bertambah selalunya memperlihatkan kos pinjaman lebih tinggi yang dapat membawa pada pengurangan selera risiko, di mana para pelabur cenderung beralih daripada aset berisiko seperti saham dan kripto bagi memihak pada pelaburan lebih selamat.

Perlu diketahui penurunan harganya turut tercetus di tengah-tengah bekalan BTC dipegang whales sekurang-kurangnya 100,000 BTC merosot 0.2% dalam masa 48 jam lalu susulan ia mungkin ingin mengagihkan semula pegangan ke address lebih kecil atau menukarkannya pada tunai.

Menurut penganalisis teknikal Ali Martinez, kira-kira 22,647 BTC bernilai $1.57 bilion telah dikeluarkan merentasi bursa kripto pada minggu lalu dan ini membawa makna aset digital itu mungkin meninggalkan bursa centralized untuk penyimpanan dalam platform lain yang boleh mendorong harganya naik tinggi.

Memang tidak dinafikan BTC telah melihat penerjunan ketara, tetapi harganya memulih semula di atas $69,500 apabila terdapatnya laporan Komitmen Pedagang (COT) terkini daripada Suruhanjaya Dagangan Komoditi dan Niaga Hadapan (CFTC).

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.42% pada paras $69,544 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1.3 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 1.99% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat