NFT Pertama Di Pejabat PBB – ‘Boss Beauty Role Models’ Bakal Dilancarkan Pada Mac!

282

Boss Beauty Role Models menjadi koleksi non-fungible token (NFT) pertama yang dirasmikan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 8 Mac ini sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Difahamkan Role Models merupakan salah satu koleksi edisi terhad daripada projek Boss Beauty yang berobjektifkan dukungan, kepimpinan, dan kreativiti golongan wanita melalui mesej yang kuat dan berinspirasi.

Rincian Boss Beauty Role Models:

  • Sebuah projek hasil kolaborasi bersama Cathy Hackl yang sinonim sebagai “Godmother of the metaverse
  • Berkonsepkan siri NFT 1/1 – bermakna NFT ini dihasilkan berdasarkan role modeldari dunia nyata yang menyertai Boss Beauties
  • Mereka yang terlibat akan menerima hadiah potret dan bekerja dengan Boss Beauty untuk mendidik dan memperkasakan wanita seluruh dunia
  • Koleksi NFT wanita yang pertama muncul di pejabat PBB

Boss Beauty Role Models akan mula dijual pada 7 Mac melalui lelongan amal dan seterusnya akan dijadikan sokongan untuk Boss Beauties Scholarship Fund for Women and Girls.

Bagi peminat NFT yang berminat dengan konsep Boss Beauty, boleh juga dapatkan koleksi asalnya di Opensea.

Sebanyak 10,000 koleksi Boss Beauty dipasarkan sejak September 2021 dan didagangkan pada harga lantai sekitar 2.3 ETH ($7,083.65, bersamaan RM29,645).

Sementara itu, PBB mula meraikan wanita seluruh dunia pada 8 Mac 1975 dan mensasarkan matlamat kesaksamaan jantina global menjelang 2030.

Majulah dunia untuk wanita! ♡( ◡‿◡ )

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat