Ngeri! China Lapor 60,000 Kematian Covid Dalam Sebulan

355
  • Kes Covid melonjak mendadak sejak sekatan dilonggarkan
  • China sembunyi data sebenar mengenai jumlah kes dan kematian
  • 90% kematian melibatkan warga emas

Setelah berulang kali menerima tekanan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), China akhirnya mendedahkan laporan mengerikan tentang kematian akibat Covid-19 setelah sebulan sekatan dilonggarkan.

Dalam taklimat media yang berlangsung pada Sabtu, ketua Biro Pentadbiran Perubahan di bawah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) melaporkan sebanyak 59,938 kematian berkaitan Covid dicatatkan antara 8 Disember dan 12 Januari.

Angka itu hanya merujuk kepada kematian di fasiliti-fasiliti perubatan, di mana jumlah keseluruhan mungkin lebih tinggi.Data itu termasuk 5,503 kematian disebabkan kegagalan pernafasan secara langsung akibat virus tersebut, dan 54,435 kematian berpunca daripada gabungan Covid dan penyakit lain.

Susulan daripada laporan tersebut, WHO mengeluarkan kenyataan mengatakan Beijing telah berkongsi data itu dengannya dan meminta maklumat terperinci sebegini terus dikongsi dengan mereka dan orang ramai.

Dalam pada itu, pegawai kesihatan China mengatakan majoriti mangsa yang terkorban adalah warga emas, dengan lebih 90% kematian melebihi umur 65 tahun.

Pegawai juga mencadangkan pada hari Sabtu bahawa puncak gelombang semasa mungkin telah berlalu.

Pada awal Disember, China mengambil keputusan drastik dengan mengumumkan pelonggaran sekatannya sehingga mendorong kes jangkitan melonjak mendadak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat