Nike Bakal Lancarkan Platform Web3 .Swoosh

257

Para peminat pasti tertunggu-tunggu perancangan terbaru Nike di mana sebelum ini jenama fesyen terbesar itu telah mendalami dunia Web3 melalui RTFKT serta non-fungible token (NFT), namun kini mereka berhasrat melancarkan platform .Swoosh.

Fungsi penubuhan platform Swoosh bukan sahaja dapat menonjolkan NFT Nike dan membenarkan para pelanggan berkongsi royalti produk digital serta menjadi co-creators, malah mewujudkan pakaian maya seperti kemeja-t atau kasut.

Platform tersebut turut bermanfaat sebagai tekonologi Web3 yang membenarkan pengguna memiliki pakaian fizikal eksklusif atau berpeluang berbual bersama atlet-atlet profesional.

Secara konteks, pakaian NFT Nike akan mint pada Polygon dan rangkaian sidechain Ethereum (ETH) manakala Nike serta RTFKT sebelum ini adalah daripada mainnet ETH.

Menurut artikel Fast Company, Nike merancang menjual kasut digital dengan tanda harga kurang daripada $50 sepasang dan berhasrat membangunkan pasaran NFT agar Swoosh serta Nike mampu menerima pelbagai manfaat.

Malah, Nike dikatakan akan mengeluarkan pakaian digital untuk avatar CloneX NFT RTFKT agar dapat digunakan oleh pemilik dalam permainan Web3, ulas wakil RTFKT menegaskan bahawa mereka tidak pernah menyelia projek Swoosh.

Nike sebelum ini telah bekerjasama dengan RTFKT dalam melancarkan kasut NFT digital berasaskan ETH yang digelar CryptoKicks yang boleh diubah suai dengan menggunakan Skin Vial NFT.

Nike juga membeli nama Ethereum Name Service (ENS) dotswoosh.eth dengan nilai $35,000 ETH pada bulan Mei untuk digunakan sebagai wallet kripto atau website.

Dalam pada itu, Nike kini berjaya menjana $93 juta melalui jualan NFT serta royalti perdagangan bernilai $92 juta termasuklah sebahagian hasilnya datang daripada keluaran CloneX dan RTFKT.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat