Nilai Modal Pasaran Bursa Tempatan Mencanak RM1.83 Trilion Pada April

236

Laporan bulan ke bulan (m-o-m) yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Securities Bhd menyaksikan jumlah modal pasaran merentasi dagangan tempatan melonjak setinggi 1.7% pada RM1.83 trilion.

Catatan m-o-m bagi bulan April tersebut telah didorong oleh sektor perladangan ekoran larangan eksport Indonesia terhadap minyak sawit mentah (CPO).

Sungguhpun begitu, Bursa Malaysia memperlihatkan purata volum harian (ADV) menurun kepada RM2.96 bilion pada April berbandingg RM2.96 bilion semasa bulan sebelumnya.

Antara punca kepada penurunan ADV tersebut adalah pengaruh aktiviti perdagangan yang lemah dalam kalangan pelabur institusi tempatan.

Pada sisi berbeza, aliran masuk asing turut menyusut kepada RM825 juta pada April sementara bulan Mac ia mencatat RM3.28 bilion.

Terang Bursa, dana asing mendahului pembelian bersih pada sektor perkhidmatan kewangan, perladangan dan perindustrian sementara penjualan bersih berlaku dalam sektor penjagaan kesihatan, teknologi dan telekomunikasi serta media semasa April.

Ujarnya, pelabur asing dilihat memperkukuhkan lagi pegangan saham perladangan mereka kepada RM256 juta daripada RM962 juta pada Mac, yang dipercayai disebabkan larangan eksport CPO Indonesia.

Selain itu, aliran masuk asing dilihat memanjangkan lagi kemasukan dalam perkhidmatan kewangan di sebalik jangkaan pemulihan ekonomi negara.

Beralih ke pasaran saham pula, pelabur asing menjadi pembeli bersih utama pada kaunter Public Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, Petronas Chemicals Group Bhd, Sime Darby Plantation Bhd dan RHB Bank Bhd.

Sementara dana asing muncul sebagai penjual utama pada Top Glove Corp Bhd, Inari Amertron Bhd, Kuala Lumpur Kepong Bhd, Dagang NeXchange Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat