Nilai Pasaran Bitcoin Setanding Dengan Nilai Ekonomi Negara Ukraine

79

Modal pasaran (market capitalization) bitcoin semakin menghampiri nilai $100 billion USD, dimana ketika ini berada di paras $94 billion. Modal pasaran bitcoin semakin meningkat apabila harga mencapai paras tinggi terbaru minggu lalu.

Setakat ini modal pasaran bitcoin merekod kenaikan sehingga 600% pada 2017 apabila hanya bermula pada $15.6 billion USD pada awal tahun ini.

Jika dibandingkan dengan modal pasaran (market cap) 100 syarikat-syarikat besar global, bitcoin sepatutnya berada di tangga ke-81, hanya tiga anak tangga di bawah Goldman Sach.

Dalam perbandingan berdasarkan pertumbuhan ekonomi GDP tahunan pula, modal pasaran bitcoin berada di tangga ke-66 jika dibandingkan dengan 191 negara yang lain, menurut unjuran IMF (International Monetary Fund). Jika Bitcoin adalah sebuah negara, ia berada di bawah Ukraine yang mempunyai pertumbuhan tahunan $95.9 billion USD. Manakala di belakang bitcoin adalah Slovakia ($89.1 billion USD), Sri Lanka ($84 billion USD) dan Ethiopia ($78.4 billion USD).

Modal pasaran Bitcoin kini mewakili 54.4% daripada keseluruhan modal pasaran matawang crypto (cryptocurrency) yang berjumlah $175.2 billion.

Modal pasaran matawang crypto yang lain turut meningkat tahun ini. Etherium dengan modal pasaran kedua terbesar selepas bitcoin mempunyai modal pasaran $32.5 billion USD. Ripple pula adalah matawang digital ketiga terbesar dengan modal pasaran $10 billion USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat