Nilai Ringgit Terus Jatuh Berbanding US Dollar

745

Ringgit terus dibuka rendah pada pagi ini dipengaruhi oleh pelabur yang menjangkakan dagangan pertukaran asing berhati-hati disebabkan pertikaian dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang berlanjutan.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1560/1590 daripada 4.1550/1600 Jumaat.

Kesan daripada perang perdagangan ini akan dapat dilihat melalui reaksi harga pasaran mata wang minggu ini. Prestasi renminbi yang lemah boleh menyebabkan ringgit juga merosot.

Dalam situasi ini, kerajaan China dijangka akan mengambil langkah untuk melindungi mata wang, dan seterusnya kemerosotan mata wang tempatan boleh dikawal pada awal minggu ini.

Peniaga juga akan mengambil langkah berhati-hati disebabkan pengaruh tekanan perang perdagangan yang semakin meningkat ke atas harga minyak.

Keseluruhannya, ringgit didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0182/0214 daripada 3.0168/0215 pada Jumaat dan menurun berbanding yen kepada 3.9071/9103 daripada 3.8864/8922.

Unit tempatan merosot berbanding pound kepada 5.0579/0632 daripada 5.0379/0457 dan rendah berbanding euro kepada 4.6223/6273 daripada 4.6104/6176 ketika ditutup pada Jumaat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat