Nintendo Teruja Dengan Metaverse, NFT Tetapi Tidak Mahu Tergesa-Gesa

295

Adakah Nintendo berminat untuk menyertai metaverse dan pasaran non-fungible token (NFT)?

Dalam perkongsian Twitter, penganalisis MST Financial, David Gibson telah berkongsi pandangan Nintendo terhadap teknologi industri kripto ini.

Difahamkan Nintendo berminat dengan evolusi teknologi berkaitan metaverse dan NFT.

Tetapi mereka masih tidak membuat sebarang keputusan sama ada untuk turut sertai NFT dan metaverse atau pun tidak. Sebaliknya, mereka masih meneroka minat peminat game untuk menawarkan produk yang lebih menarik.

Sedia maklum, Nintendo berobjektifkan “what joy we can provide” kepada peminatnya dan pemain.

Ekoran daripada itu, pengeluar permainan video ini memilih untuk berhati-hati dalam memperkenalkan NFT atau permulaan integrasi dengan metaverse walaupun kebanyakan syarikat hiburan permainan telah pun mengorak langkah.

Salah satunya Ubisoft yang mengumumkan pembangunan platform NFT ‘Ubisoft Quartz’, dan pengeluar permainan Castlevania, Konami mahu melancarkan koleksi NFT tersendiri.

Tidak cukup dengan itu, Microsoft telah membeli Activision Blizzard dan mengesahkan bahawa Xbox akan mula menfokuskan kepada projek metaverse.

Bagaimanapun, keputusan Ubisoft dalam memperkenalkan Quartz dan Digits telah mengundang kritikan dalam kalangan komunitinya. Ini menyebabkan eksekutif Ubisoft, Nicolas Pouard berpendapat gamers masih belum faham kelebihan NFT.

Barangkali itu juga yang dirasakan oleh Nintendo. Banyak aspek perlu ditimbang kira, termasuk pandangan komunitinya.

Jika ada peminat Nintendo di sini, apa pandangan anda jika jenama ini menyertai NFT dan metaverse?

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat