Nissan Kurangkan Kadar Kos $2.8 Bilion, Pengeluaran Datsun Dihentikan

325

Nissan Motor Co mengumumkan perancangan mereka untuk mengurangkan kadar kos tetap tahunan dan caj perstrukturan semula tempahan sebanyak 300 bilion yen ($2.8 bilion) susulan krisis yang dialami oleh pengeluar kereta kerana wabak Covid-19.

Menurut laporan, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada rancangan tiga tahun yang akan diumumkan bersama dengan hasil kewangan pada 28 Mei yang dilihat akan memberi kesan drastik terhadap syarikat pengeluar kereta tersebut.

Rangkaian jenama Datsun yang dinaungi Nissan di Indonesia akan ditutup serta merta demi mencapai sasaran kadar pengurangan perbelanjaan pada tahun ini melalui sifar permasaran, penyelidikan dan kos lain. Namun begitu, rancangan tersebut perlu ditelusi oleh barisan eksekutif Nissan dan mungkin akan mengalami sedikit perubahan termasuk skala caj perstrukturan yang akan ditentukan juga.

Tidak dapat dinafikan sejak penahanan bekas pengerusi mereka, Carlos Ghosn pada November 2018, Nissan seakan hilang arah.

Malah, rangkaian jenama yang semakin ketinggalan zaman menambahkan lagi kekusutan yang dialami Nissan. Keadaan itu menyebabkan mereka tidak teragak-agak untuk meramalkan bakal mengalami kerugian bagi fiskal tahun terbaharu sehingga Mac kerana pandemik yang melanda.

Beberapa rangkaian lain turut akan dihentikan dan akan menjadikan nisbah penggunaan Nissan sekitar 80% dalam tempoh tiga tahun dengan andaian kapasiti pengeluaran tahunan sekitar 5.4 juta kereta.

Beberapa negara seperti India, Vietnam dan Thailand masih dalam pertimbangan bagi tujuan pembangunan dengan rancangan yang lebih berkesan. Sementara Nissan memfokuskan kepada permasaran di A.S, Jepun dan China, rangkaian Datsun bertujuan pembangunan ekonomi di India akan dihentikan seketika. Bagi pasaran yang lebih luas dan lebih menguntungkan, rangkaian Infiniti akan dipasarkan semula.

China mempunyai pasaran yang tinggi memandangkan ekonomi negara itu sedang berada di tahap pemulihan setelah dihentikan untuk beberapa minggu kerana wabak coronavirus. Jualan Nissan juga meningkat 1.1% kepada 122,846 kereta pada April sekaligus memberi harapan kepada kedudukan saham Nissan yang susut lebih daripada 40% tahun ini, mengatasi penurunan Toyota Motor Corp dan Honda Motor Co.

Di Eropah pula, Nissan akan bergantung pada rakan niaganya, Renault SA dengan mengutamakan kepada penjualan SUV dan kereta elektrik.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat