Noh! ExxonMobil Saman EU Sebab Cukai

131

Syarikat gergasi tenaga Amerika Syarikat, ExxonMobil mengemukakan saman terhadap Kesatuan Eropah (EU) untuk menyekat cukai durian runtuh (windfall tax) baharunya ke atas firma minyak.

Cukai durian runtuh ialah levi tambahan dikenakan oleh kerajaan ke atas syarikat yang mendapat manfaat daripada sesuatu yang mereka tidak bertanggungjawab.

Firma tenaga mendapat keuntungan besar ketika berlakunya lonjakan harga tenaga berikutan perang Rusia dan Ukraine yang mencetuskan kebimbangan bekalan.

ExxonMobil telah melaporkan keuntungan suku tahunan hampir $20 bilion pada bulan Oktober.

Namun begitu, Exxon mendakwa EU melebihi kuasa undang-undangnya, menyifatkan langkah itu sebagai ‘counter-productive’.

Ketua Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen telah mengumumkan pelan kecemasan untuk syarikat minyak, gas dan arang batu utama pada bulan September.

Syarikat-syarikat tersebut perlu membayar ‘sumbangan krisis’ atas peningkatan keuntungan yang diraih pada 2022 dengan cukai 33% dikenakan.

Di samping itu, firma itu juga berhujah bahawa levi itu menjejaskan keyakinan pelabur, dalam saman yang difailkan di Mahkamah Agung yang berpangkalan di Luxembourg EU.

Ketika mesyuarat pelabur awal bulan ini, ketua pegawai kewangan ExxonMobil menganggarkan bahawa cukai EU akan menyebabkan pembayaran lebih $2 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat