NZD Menjunam Awal Sesi Asia, Data Inflasi di UK dan Kanada Akan Menjadi Tumpuan Seterusnya

557

Matawang dolar Amerika didagangkan sederhana semalam namun sedikit meningkat selepas laporan dovish oleh bank pusat Eropah memberi peluang untuk USD kembali mengukuh berbanding Euro.

Euro yang sebelum ini didagangkan meningkat kembali mengalami kejatuhan semalam selepas laporan bahawa beberapa penggubal dasar European Central Bank (ECB) berpendapat unjuran ekonomi bank pusat adalah terlalu optimistic.

Kebimbangan terhadap unjuran tersebut adalah berikutan faktor pertumbuhan ekonomi di China yang masih dilihat lemah dan juga isu ketegangan hubungan dagang menurut empat sumber yang berlainan.

Pasaran akan memberi tumpuan pada data sektor perkilangan dan perkhidmatan di Eropah pada Khamis untuk isyarat perkembangan pada pertumbuhan di kawasan tersebut.

Aussie pula masih kekal berada dalam kelompok dagangan berisiko selepas minit mesyuarat yang dikeluarkan menyatakan bank pusat Australia bakal menurunkan kadar faedah pada masa akan datang berdasarkan data inflasi dan kadar pengangguran yang berada pada tahap kurang menyenangkan.

Pound Sterling merosot pada dagangan Selasa selepas laporan akhbar bahawa rundingan Brexit antara kerajaan Perdana Menteri Theresa May dan parti pembangkang Buruh masih belum mendapat kesepakatan.

Kemerosotan dagangan GBP semalam tidak begitu ketara disebabkan laporan data pekerjaan UK yang dikeluarkan semalam adalah positif.

Sesi pasaran Eropah petang ini juga akan memberi tumpuan terhadap data inflasi di UK yang akan dikeluarkan pada jam 4.30 petang. Dengan jangkaan bacaan data yang meningkat akan menyokong dagangan semasa buat Sterling.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan kejatuhan pada matawang dolar New Zealand selepas data inflasi dikeluarkan pada jam 6.45 pagi. Indeks harga pengguna untuk suku tahun pertama kekal di paras 0.1% seperti bacaan sebelum ini namun meleset daripada jangkaan kenaikan kepada 0.3% oleh pasaran.

Penurunan harga pada dagangan NZD berbanding dolar USD menunjukkan harga menjunam sekitar 100 pips sejurus selepas data inflasi dikeluarkan.

Dan pada sebelah malam pula, data ekonomi di Kanada akan menghiasi pasaran kewangan. Data inflasi dan juga imbangan dagangan Kanada akan memberi impak terhadap dagangan semasa Loonie.

Tumpuan pelabur juga akan terarah kepada data pertumbuhan GDP di China hari ini pada jam 10 pagi ini. Bacaan data akan turut memberi impak terhadap dagangan komoditi terutamanya dolar AUD. Pelabur juga akan menilai tahap kesihatan pada ekonomi China yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat