NZD/USD Malah Susut Meskipun RBNZ Sudah Tepati Jangkaan

215

Mengkaji kepada carta harga pasangan matawang  NZD/USD, kesinambungan corak penurunan harga kekal diteruskan sehingga ke sesi dagangan hari ini (Rabu) dengan terus mencatat paras terendah terbaharu 7 minggu.

Penurunan ke paras terendah itu tampaknya telah menguji ke paras sokongan 0.69000 yang dilihat terus menjunam pada awal sesi Asia dagangan hari ini sebelum papar sedikit kenaikan di sesi Eropah.

Trend bearish dapat dilihat dengan jelas setelah pergerakan harga terus didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan kekal susut sejak hujung Oktober.

Kegagalan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) merencana kejutan terhadap pasaran telah pengaruh dolar New Zealand (NZD) kekal jatuh meskipun menepati jangkaan untuk meningkatkan kadar faedah.

Akan tetapi penerbitan data yang menepati jangkaan pasaran tersebut sama sekali akan menguatkan perancangan yang bakal dilaksanakan oleh bank pusat utama itu untuk mengetatkan dasar monetari.

Dek kerana aspek berkenaan, matawang USD terus menyambar untuk memapar penguasaan setelah terus memperoleh pacuan daripada sentimen pasaran yang berisiko akibat penularan wabak Covid-19.

Penilaian bakal dilakukan pelabur untuk menjangkakan harga pada carta NZD/USD mampu menguji zon sokongan pada penghujung September sekitar 0.68600 sebelum memerhati sasaran seterusnya.

Yakni yang mana sasaran berikutnya berkemungkinan akan mencecah semula ke paras terendah 2021 dan sejak daripada Disember 2020 yang terakhir kali pernah dicapai di dagangan Ogos pada 0.68000.

Manakala sebaliknya lonjakan lebih tinggi bakal menyaksikan harga menuju zon SBR (support become resistance) 0.69500 selepas harga membuat ‘reversal’ di zon tersebut pada dagangan sesi Asia hari ini.

Langkah kenaikan yang bakal diterajui berkebarangkalian akan mencapai zon SBR 0.70000 yang juga merupakan zon paling kukuh sebelum ini susulan zon itu sering mengekang harga daripada terus jatuh.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat