Obama Kritik Pentadbiran Trump Dalam Tangani Isu COVID-19

611

Kes coronavirus di Amerika Syarikat semakin meningkat bahkan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan akan berlaku. Negara nombor satu paling terjejas akibat wabak berbahaya itu kini merekodkan sebanyak lebih 1.5 kes jangkitan dengan angka kematian yang dicatatkan sebanyak 90,978 korban.

Oleh yang demikian, bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah bertindak berani dengan mengkritik pentadbiran Presiden Donald Trump yang didakwa gagal menangani krisis yang berpunca daripada penularan wabak pandemik COVID-19. Lebih mengejutkan ialah, bekas presiden tersebut telah menyuarakan kritikannya sebanyak 2 kali dalam tempoh seminggu sejak Trump mengendalikan krisis itu.

Sebelum ini, Obama telah menegaskan prinsipnya bahawa beliau tidak akan mengemukakan sebarang kritikan secara terbuka kepada presiden baru negara kuasa besar itu setelah meletakkan jawatannya 3 tahun yang lalu.

Dalam 2 buah majlis konvokesyen secara atas talian bagi para pelajar di peringkat sekolah menengah dan universiti, Obama telah menyuarakan kritikannya secara terbuka malah turut menyebut beberapa nama pemimpin dalam pentadbiran Trump dan mendakwa mereka berpura-pura bertanggungjawab dan mahir untuk menangani krisis. Sebaliknya, mereka telah gagal berbuat demikian.

Bengang dengan kritikan tersebut, Trump telah menyifatkan bekas presiden itu sebagai tidak profesional ketika memengang jawatan sebagai pemimpin negara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat