Obama Meninggalkan ‘Kerusi Empuk’ Buat Trump Menjelang 2017 Yang Hanya Berbaki 2 Hari Lagi!

73

Ahli ekonomi AS menafsirkan bahawa, apa yang lebih penting buat sesuatu tampuk pimpinan yang baru di Amerika Syarikat bukanlah dasar ekonomi yang ditetapkan oleh mereka. Sebaliknya faktor-faktor luar jangka dan kesan terhadap ekonomi yang hanya dapat dilihat 4 tahun akan datang, sama ada mendapat pujian atau kritikan orang ramai.

Trump yang berfokus kepada sektor pekerjaan dikatakan akan menyerupai perjalanan ekonomi sewaktu pemerintahan Barack Obama. Hal ini dibuktikan setelah membuat penelitian terhadap beberapa indikator penting melalui sejarah dari pemimpin AS terdahulu sebelum beliau.

Keluaran Dalam Negara Kasar berkembang perahan pada 1.7 peratus tahun ini sehingga suku ketiga. Angka ini lebih perlahan dari yang pernah dicatat dari presiden sebelumnya. Data ini juga dikatakan melemah disebabkan corak permintaan global yang merosot, faktor demografi dan sektor korporat yang agak suram. Trump meletakkan sasaran purata pertumbuhan tahunan sebanyak 3 hingga 4.5 peratus. Menurut pakar ekonomi KNDK hanya boleh bergerak sehingga 2.2 peratus tahun depan dan 2.3 peratus pada 2018.

NFP pada bulan November pula dicatat pada 178,000 pekerjaan sahaja iaitu angka paling buruk berbanding 10 presiden sebelum ini. Kadar pengangguran semasa pula dicatat pada 4.6 peratus meletakkan Trump mendahului 6 presiden yang lalu, kecuali yang terdekat Presiden George W.Bush kerana kadar pengangguran pada pemerintahan beliau kurang daripada 4 peratus.

Sumber : Bloomberg

Pendapat setiap jam pada November pula hanya meningkat sebanyak 2.4 peratus.

Sumber : Bloomberg

Dalam masa yang sama, data core inflation semakin dekat unutk mencapai sasaran 2 peratus dan tidak banyak berubah dari beberapa pemimpin sebelum ini.

Sumber : Bloomberg

Sementara itu, data pengeluaran industri pada bulan November jatuh sebanyak 0.6 peratus. Presiden Barack Obama sebelum ini telah berjaya menterbalikkan 8.7 peratus daripada wilayah negatif yang juga menjadi salah satu cabaran terbesar buat Trump.

Sumber : Bloomberg

Trump juga mencipta kedudukan yang lebih baik apabila 1.1 juta rumah mula dibina pada penghujung November berbanding hanya 652,000 rumah ketika Obama menjadi Presiden. Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pemerintahan sebelum ini, bulan November merupakan bulan kedua terendah selepas mana-mana pilihanraya dijalankan semenjak tahun 1952.

Sumber : Bloomberg

Ekonomi hari ini terlalu bercampur-campur dengan perbandingan pelbagai data. Namun apa yang lebih jelas, Obama telah meninggalkan tampuk pimpinan yang lebih baik buat Trump berbanding ketika beliau mula-mula dilantik menjadi Presiden pada tahun 2008 ditengah-tengah kemelesetan besar ekonomi dunia, termasuk Amerika Syarikat. Syabas Obama!

Sumber : Bloomberg

Trend Harga di Jepun Sepanjang tahun 2016!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat