Obsesi trader ini sangat berbahaya dan boleh mengundang padah!

137

Dalam kalangan kita, pasti ada trader yang tidak boleh berjauhan dengan MT4. Semasa makan, lepak dengan kawan, beristirehat dengan keluarga, memang tak senang duduk kalau tak dapat tengok chart.

Waktu malam pula berjaga pada pukul 2 3 pagi nak tengok apa jadi sewatu kemuncak sesi New York dan semasa kerja, chart jadi wallpaper laptop.

Dan obsesi inilah yang akan menjadi titik permulaan kepada kegagalan seorang trader.

Dr. Brett Steenbarger, seorang Profesor psikatri dan tingkah laku di Universiti Perubatan Suny, New York memberitahu seringkali berjumpa dengan trader yang mengalami masalah emosi dan tekanan.

“Saya makan tidur dan minum dengan market, ia adalah segala-galanya bagi saya.”

Apabila berjumpa dengan trader yang berada dalam keadaan ini, Dr. Brett tahu bahawa tahap tenaga dan emosi mereka naik dan turun berdasarkan PROFIT & LOSS mereka.

Penulis buku ‘Market Wizards’ menegaskan masuklah position apabila setup yang diperoleh itu adalah setup yang boleh diterima.

Jika ia melebihi apa yang kita boleh terima, kita akan membuat keputusan yang tidak rasional terhadap trade kita dan ia akan memberi kesan buruk kepada diri sendiri.

Elakkan daripada over-trade dan jangan sesekali nak masuk position sebab NAK trade tetapi tradelah dengan setup yang bagus serta dengan penjagaan MM yang betul.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat