Oh, Inilah Puncanya USD Menguat Semula!

1,602

Pembukaan pasaran awal minggu memperlihatkan dolar Amerika diperdagangkan meningkat setelah mencatat lantunan kukuh pada akhir dagangan minggu lalu.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback melantun dari paras terendah satu tahun untuk didagangkan sekitar harga 101.69 pada sesi Asia.

Kenaikan dicatatkan US dolar mungkin dipacu oleh pengambilan untung oleh pasaran yang sebelum ini telah mendorong mata wang utama lebih tinggi.

Pada masa yang sama, USD turut menguat susulan kenyataan hawkish gabenor Federal Reserve (Fed), Christopher Waller yang menggesa lebih banyak pengetatan dasar monetari.

Ujarnya, data terbaru yang dikeluarkan menunjukkan Fed tidak membuat banyak kemajuan dalam inflasi atau dalam kata lain, langkah yang telah dilaksanakan masih tidak cukup.

Ini menyebabkan US dolar gagal memberi reaksi terhadap data jualan runcit Amerika Syarikat yang menguncup ketara pada bulan Mac dengan merosot 1%.

Susulan daripada kebangkitan semula USD, mata wang euro dan pound susut mendadak dari paras ketinggian satu tahun dan 10 bulan masing-masing.

Penting buat pelabur mata wang Eropah minggu ini adalah keluaran data pekerjaan pada Selasa, inflasi UK pada hari Rabu dan PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah pada hari Jumaat.

Dalam pada itu, dolar Aussie dan New Zealand turut merosot dengan ketara, memadamkan hampir semua keuntungan yang dicatatkan minggu lalu.

Buat pelabur kedua-dua mata wang ini, perhatian perlu ditumpukan kepada data keluaran dalam negara kasar (KDNK) China suku pertama yang akan diterbitkan pada sesi Asia esok (Selasa).

Sementara itu, dolar Kanada turut menyusut tetapi masih mengekalkan sebahagian besar keuntungan dengan pelabur kini menantikan terbitan data inflasi Kanada pada minggu ini.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat