Oh, Saman Terhadap ATA IMS Rupanya Sebab Faktor Lain

326

‘Bahtera’ ATA sedang meredah gelora berliku!

ATA IMS menyatakan 4 saman yang diterima oleh kumpulan itu dari Jabatan Tenaga Kerja Johor Bahru tiada kaitan dengan dakwaan buruh paksa yang dihadapi oleh syarikat.

Dalam pemfailan Bursa, ATA IMS menambah 4 saman tersebut dikeluarkan kepada ATA Industrial (M) Sdn Bhd kerana menempatkan sementara 9 pekerja di rumah kawasan kediaman yang tiada Sijil Penginapan (COA).

Terdahulu, Jabatan Tenaga Kerja Johor Bahru telah mengeluarkan saman berjumlah RM200,000 kepada syarikat itu kerana menempatkan pekerja dengan cara yang tidak mematuhui Seksyen 23D (1) dan (3) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Keemudahan Pekerja.

Sebagai respon, ATA Industrial menyatakan mereka mengambil kira kebajikan pekerja ‘melalui amalan biasa untuk menyediakan penginapan bagi pekerja namun malangnya bercanggah dengan peraturan biasa’.

Setakat semalam, saham ATA IMS didagangkan 14 sen atau 26.36% pada 69.5 sen dengan permodalan pasaran RM837.04 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat