OIL Analisa Fundamental Harian 21 Oct 2015

49

moshedfx-forex-malaysia-oil-007

Minyak mentah (crude) jatuh lebih $1.10 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $45.70 setong sebelum menutup sekitar paras $45.85 setong; manakala minyak mentah (brent) pula mencapai paras terendah harian sekitar $48.40 setong sebelum menutup sekitar paras $48.70 setong Selasa semalam; setelah para pedagang memberi tumpuan kepada mesyuarat teknikal OPEC yang dijangka tiada sebarang berita mengenai pengeluaran dan kuota.

Harga minyak mentah (crude) dijangka kekal tidak menentu di tengah-tengah kekalutan yang berkaitan dengan ‘Iran Deal’, pertumbuhan penggunaan global, dan maklum balas daripada negara-negara bukan OPEC terhadap harga minyak yang rendah. Tekanan ke atas harga minyak mentah (crude) juga boleh berlaku dalam masa terdekat, disebabkan oleh penyelenggaraan loji penapisan pada musim luruh ini.

[adrotate group=”6″]

Musim penyelenggaraan loji penapisan di Amerika Syarikat dan China, akan membawa kepada kejatuhan dalam permintaan purata, bagi minyak mentah dalam tempoh terdekat. Biro Statistik Kebangsaan China melaporkan bahawa China menapis 10.23 juta tong minyak mentah sehari, pada bulan September 2015 lalu. Input kepada kilang penapis jatuh sebanyak 1% pada bulan September-berbanding Ogos. Ia merupakan paras terendah sejak Julai 2015.

China telah membeli minyak mentah untuk mengisi rizab strategik, dan terdapat beberapa kebimbangan bahawa kerajaan akan memperlahankan atau menghentikan pembelian, jika KDNK (GDP) China tidak memenuhi sasaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat