OMG Network (OMG)- Rangkaian Yang Menjadikan Ethereum Lebih Menarik Dalam Pasaran!

483

OMG Network merupakan rangkaian yang berlandaskan non-custodial, lapisan-2 (L2) yang dibina untuk blockchain Ethereum sebagai penyelesaian penskalaan Ethereum, dipanggil MoreViable Plasma.

MoreViable Plasma menggunakan seni bina sidechain untuk mengumpulkan beberapa transaksi off-chain ke dalam kelompok (batch), yang kemudiannya boleh disahkan sebagai transaksi tunggal pada root chain Ethereum, teknologi ini berpotensi untuk meningkatkan Ethereum kepada beribu-ribu transaksi sesaat (TPS).

Diasaskan oleh Vansa Chatikavanij, seorang kelahiran Thailand dan beroperasi sebagai anak syarikat SYNQA.

Menariknya, projek OMG Network dibina untuk membantu menjadikan Ethereum lebih menarik dalam perniagaan. Ia mencapai matlamat ini dengan penyelesaian side-chain berasaskan plasma, yang boleh membantu mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 99% berbanding Ethereum dan mengurangkan yuran.

Seterusnya, meneliti carta pergerakan harga OMG/USDT.

Sejak kemeriahan Bull season yang lalu, kebanyakan matawang kripto menghasilkan kenaikan yang agresif sehingga mencecah beribu nilaian peratus kenaikan yang direkodkan dalam pasaran.

OMG mengambil peluang itu dengan hanya menghasilkan lebih 500% kenaikan dalam pasaran tahun 2021, dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $15.35 pada 7 Mei yang lalu.

Malangnya, momentum untuk mengekalkan corak kenaikan gagal disebabkan impak dari kejatuhan Bitcoin (BTC) sehingga menyusut lebih 70% ke zon SBR (support become resistance) sekitar harga $4.5 yang disangkakan para penganalisa kripto hanya sekadar membuat correction.

Setelah itu, OMG menyaksikan pergerakan harga yang lemah pada pembukaan pasaran bulan Jun, menyusut ke paras sokongan sekitar $3.0 disebabkan sentimen pasaran yang kurang mendapat sokongan, begitu juga matawang kripto yang lain.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar diatas ruangan support untuk memasuki zon SBR semula sekitar $4.5.

Jika pergerakan harga berjaya memasuki zon tersebut, ia bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau menuju ke zon SBR yang seterusnya.

Namun, jika harga OMG menyaksikan penurunan harga, paras sokongan sekitar $3.0 tersebut adalah menjadi tumpuan utama sama ada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke zon terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Ketika penulisan, OMG/USDT didagangkan $3.78 susut lebih 1% dengan nilaian pasaran lebih $530 Juta dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto OMG/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat