OPEC+ Bikin Harga Minyak Jatuh Pula!

273

Para pengeluar utama minyak mentah dunia akan meneruskan rancangan mereka untuk melonggarkan pemotongan pengeluaran walaupun terdapat risiko lonjakan kes Covid-19 di Eropah dan Amerika Syarikat akan terus menekan permintaan terhadap bahan bakar.

Hal ini meletakkan dagangan komoditi hitam untuk terus dalam tekanan disebabkan kebimbangan terhadap bekalan berlebihan sementara pemulihan permintaan global pula terus lemah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan susut pada$42.73 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula diniagakan rendah pada $40.56 setong.

Kedua-dua penanda aras sebelum ini mengalami kejatuhan ketara sebelum kembali meningkat susulan data memberangsangkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Bekalan minyak mentah AS dilaporkan menurun lebih banyak daripada dijangkakan dengan pengurangan sebanyak 3.8 juta tong pada minggu lepas selepas kenaikan 500,000 tong pada minggu sebelumnya.

Di Eropah, beberapa negara telah melaksanakan semula sekatan yang lebih ketat untuk membendung penularan Covid-19, terutamanya London.

Namun begitu, OPEC+ tetap akan meneruskan rancangannya untuk mengurangkan pemotongan sebanyak 2 juta tong sehari daripada pengeluaran semasanya 7.7 juta tong sehari pada Januari walaupun jawatankuasan OPEC+ sebenarnya bimbang dengan risiko peningkatan kes terkini terhadap permintaan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat