OPEC Hadir Menjengah, Harga Minyak Terbang 3%

95

Terima kasih kepada berita baik pada hujung minggu, dagangan minyak mentah berjaya mencatat lonjakan lebih 3% pada pembukaan pasaran sesi Asia.

Setelah menyaksikan penurunan berterusan dalam harga minyak, OPEC+ dikatakan akan mempertimbangkan pengurangan pengeluaran lebih 1 juta tong sehari pada mesyuarat yang akan berlangsung minggu ini.

Harga minyak telah jatuh selama empat bulan berturut-turut sejak Jun susulan permintaan yang terjejas akibat penutupan Covid-19 di China, manakala kenaikan kadar faedah dan lonjakan US dolar pula menjejaskan pasaran kewangan global.

Bagi menyokong harga, OPEC telah mengambil langkah untuk mengurangkan pengeluaran pada mesyuarat bulan lalu, namun ia dilihat gagal merangsang komoditi hitam lebih jauh.

Hasilnya, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya yang lebih dikenali sebagai OPEC+ kini dijangka akan memutuskan pemotongan seterusnya pada pertemuan 5 Oktober nanti.

Rentetan itu, komoditi hitam dibuka lebih tinggi pada hari ini yang menyaksikan niaga hadapan minyak Brent meningkat pada $87 setong dan WTI Amerika Syarikat kukuh pada $81 setong setelah masing-masing melonjak 3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat