OPEC+ Kurangkan Bekalan Minyak, Harga & Permintaan Terjejas!

190

Hari ini, harga minyak didapati jatuh membalikkan kenaikan tajam yang berlaku pada dua sesi sebelumnya. Hal ini kerana ramai pelabur lebih berhati-hati menjelang mesyuarat OPEC+ pada Ahad ini dengan jangkaan negara-negara pengeskport berkemungkinan bakal menambah pemotongan bekalan.

Harga minyak mentah Brent didapati jatuh sebanyak 64 sen (0.8%) kepada $81.68 per tong. Manakala, harga minyak mentah West Texas Intermediate AS berada pada paras $77.21 per tong dengan merosot sebanyak 62 sen (0.8%).

Kedua-dua kontrak tersebut naik dalam 2% pada Isnin lalu selepas tiga sumber maklumat memberitahu Reuters bahawa OPEC+, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya mempertimbangkan untuk membuat pemotongan bekalan minyak tambahan semasa pertemuan mereka pada 26 November nanti.

Menurut Pakar Ekonomi Kanan di Institusi Penyelidikan NLI, para pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat untuk mendapatkan pengesahan sebenar OPEC+.

Katanya lagi, OPEC+ berkemungkinan akan melanjutkan atau menambah pemotongan bekalan minyak ke tahun hadapan seperti apa yang diramalkan.

Selain itu, penganalisis RBC Capital berkata bahawa mereka melihat beberapa ruang untuk OPEC+ melakukan pemotongan yang lebih mendalam. Namun, mereka menjangkakan bahawa Arab Saudi merancang untuk mendapatkan tong tambahan daripada anggota lain untuk menyelaraskan perkongsian bebanan itu.

Harga minyak turun kira-kira 16% sejak akhir September kerana pengeluar minyak mentah di AS mengekalkan penghasilan paras tertinggi. Manakala, pasaran bimbang tentang tahap permintaan terutamanya daripada pengimport terbesar dunia, China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat