OPEC & Rusia Akan Terus Membantu Menstabilkan Pasaran Minyak

55

Menteri Tenaga Saudi, Khalid al-Falih berkata, perjanjian bekalan minyak yang berjaya dicapai antara Russia dan Saudi Arabia telah membantu menstabilkan semula pasaran komoditi ini. Sebelum ini kedua-dua negara besar ini berjanji untuk memotong pengeluaran minyak mentah sehingga Mac 2018 sebagai usaha mengurangkan lebihan bekalan minyak global.

Falih yang mengetuai 14 anggota OPEC juga berkata beliau sangat mengalu-alukan sumbangan daripada pengeluar minyak Amerika berikutan permintaan minyak global semakin meningkat.

“Minyak US akan masuk semula pada tahun 2018, dan hal ini tidak membimbangkan saya. Pasaran boleh menghadapinya”, jelas Falih sebagai salah seorang panel dalam forum tenaga di Moscow.

Kenyataan beliau dikeluarkan selepas Presiden Rusia, Vladimir Putih berkata pemotongan pengeluaran minyak mungkin akan dilanjutkan sehingga akhir tahun 2018, lebih lama daripada yang dipersetujui dalam perjanjian asal.

Novak yang turut hadir menjadi panel dalam forum di Moscow juga berkata, Rusia akan membantu mendapatkan sokongan daripada negara-negara lain untuk dimasukkan ke dalam perjanjian, dan beliau juga sangat berpuas hati dengan harga semasa minyak ketika ini.

Harga minyak brent kekal di paras $56 pada hari Khamis dengan jangkaan Arab Saudi dan Rusia akan melanjutkan tempoh pemotongan pengeluaran minyak mereka.

Falih juga berkata Arab Saudi ingin mengukuhkan hubungan bersama Rusia terutamanya dalam sektor swasta. Lawatan Raja Salman ke Rusia minggu ini menunjukkan tahap kepercayaan yang tinggi antara Rusia dan Saudi.

Lawatan Saudi ke Rusia bertujuan membincangkan beberapa tawaran pelaburan. Antara perjanjian MoU yang berjaya ditandatangani adalah antara Dana Pelaburan Langsung Rusia bersama-sama Aramco dan Dana Pelaburan Awam Saudi dalam sektor perkhidmatan tenaga dan pembuatan.

Ketua Eksekutif Armaco Saudi, Amin Naseer berkata, “Mereka akan berbincang lebih lanjut beberapa lagi peluang pelaburan bersama syarikat di Rusia.” Beliau turut menjelaskan bahawa pasaran minyak kini ke arah kestabilan dengan permintaan yang terus meningkat dan bekalan minyak dunia yang semakin menyusut.

Berikut adalah perubahan harga minyak pada jam 5.50 petang:

Minyak WTI: $50.19, +0.42%
Minyak Brent: $56.33, +0.95%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat