Padah Cari Pasal Dengan China, Australia Diancam Pengenaan Tarif!

1,233

Kerajaan China telah memberi amaran kepada Australia untuk mengenakan tarif sehingga 80% ke atas beberapa produk barangan pertaniannya ketika hubungan antara dua negara itu terus bertambah buruk.

Kementerian Perdagangan China telah memberi tempoh 10 hari kepada pengeluar barli negara untuk bertindak balas ke atas siasatan anti lambakan yang telah dilakukan terhadap import bijirin dari Australia sejak 2010.

China mendakwa bahawa petani Australia sengaja menghasilkan barli pada harga yang lebih rendah daripada kebiasaannya antara tahun 2014 dan 2016. Susulan itu, Beijing kini sedang mempertimbangkan untuk mengenakan dua tarif berasingan iaitu ke atas margin lambakan sebanyak 73.6% dan margin subsidi sebanyak 6.9% terhadap barli yang dieksport ke China.

Sementara itu, China turut dilaporkan telah mengenakan sekatan ke atas import daging dari empat kilang pemprosesan daging Australia, berkuatkuasa pada hari ini. Keempat-empat kilang itu merangkumi kira-kira 35% eksport daging lembu Australia ke China.

Hal ini sudah pastinya memberi kesan langsung kepada Australia yang mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap China selaku rakan dagang terbesar negara itu. Jumlah permintaan dari Beijing mempengaruhi satu pertiga daripada aktiviti perdagangan Australia.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Australia telah mencetuskan ketegangannya dengan China dengan menyokong tindakan Amerika Syarikat untuk menjalankan siasatan ke atas Beijing dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung penyembunyian maklumat mengenai COVID-19.

China dikatakan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai bahaya wabak pandemik coronavirus pada peringkat awal ia mula merebak, sehingga akhirnya menyebabkan jutaan manusia dijangkiti dan meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat