Padah! China Balas Balik Sekatan UK

764

China mengumumkan sekatan balas terhadap sembilan individu dan empat entiti di UK kerana menyebarkan fitnah dan maklumat yang jahat mengenai wilayah Xinjiang.

Kementerian Luar Negeri China memberitahu dalam satu kenyataan pada hari Jumaat bahawa pihaknya menjatuhkan sekatan ke atas Kumpulan penyelidikan China, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Parti Konservatif, Tribunal Uighur dan Essex Court Chambers.

Sementara sekatan individu pula berkuatkuasa ke atas Tom Tugendhat, Ian Duncan Smith, Neil O’Brien, David Alton, Tim Loughton, Nusrat Ghani, Helena Kennedy, Geoffry Nice dan Joanne Nicola Smith Finley.

Individu tersebut, sebahagian daripadanya adalah anggota Parlimen, dan saudara mereka dilarang memasuki China atau berniaga dengan warganegara dan institusi China. Segala aset yang mereka ada di China juga dibekukan.

Terdahulu, UK bersama-sama dengan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada telah mengenakan sekatan ke atas China disebabkan isu pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang.

Hal ini telah membangkitkan kemarahan China yang menyifatkan tindakan itu sebagai mengganggu urusan dalamannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat