Padu Sangat Ni! WAX (WAXP) Meroket 170% Dalam Sehari Je?

536

WAX merupakan blockchain yang dibina khas, direka untuk membuat transaksi e-dagang lebih cepat, mudah dan selamat untuk setiap individu yang terlibat.

Dikeluarkan pada tahun 2017 oleh William Quigley dan Jonathan Yantis.

Blockchain WAX menggunakan mekanisme konsensus delegated proof-of-stake (DPoS) yang serasi sepenuhnya dengan EOS untuk NFT, permainan video dan koleksi.

Menariknya, WAX mempunyai ciri-ciri WAXP-to-Ethereum (ETH) dimana membolehkan pemegang token WAXP menukar token mereka kepada WAXE, yang merupakan token utiliti ERC20 berasaskan Ethereum.

Beberapa projek NFT yang bakal dijalankan oleh WAX, salah satunya adalah ‘John Van Hamersveld’ yang akan melepaskan karya seninya di Blockchain WAX menampilkan 36 karya seni pada 24 Ogos ini.

John Van Hamersveld popular dengan karya seninya untuk pemuzik lagenda seperti The Beatles, Jimi Hendrix, The Rolling Stones dan lain-lain.

Jom lihat pada carta pergerakan WAXP/USDT yang menjadi tumpuan para pelabur.

Pada sesi dagangan hari ini, WAXP telah melonjak secara agresif menghasilkan lebih 170% lonjakan dengan mencatatkan paras tertinggi terbaru $0.49.

Namun, WAXP dilihat masih jauh lagi untuk menembusi paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang dicatatkan sebelum ini di paras harga $5.

Pandangan sudut teknikal, WAXP dilihat masih kekal dalam trend bullish dan sedang berlegar-legar samada membuat correction atau meneruskan kenaikan yang lebih tinggi lagi.

Untuk jangkaan seterusnya, sekiranya WAXP kekal dengan trend bullish, paras resistance sekitar $0.48 bakal diuji terlebih dahulu sebelum melonjak lebih agresif.

Paras tersebut bakal menjadi penentu untuk WAXP melonjak lebih agresif dan mencatatkan paras tertinggi terbaru berturut-turut.

Akan tetapi, jika WAXP kembali dengan trend bearish, paras RBS (resistance become support) sekitar $0.19 bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, WAXP didagangkan pada paras harga $0.40 dengan jumlah dagangan lebih $1.8 bilion dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto WAXP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat