Padu! STEPN (GMT) Lari Laju, Melonjak Lebih 35,000% Sejak Mac

580

Token STEPN (GMT) yang berada di rangkaian Solana (SOL) menyaksikan lonjakan harga yang luar biasa sejak pelancarannya pada Mac.

Dari paras terendah sepanjang masa (ATL), $0.011 pada 9 Mac, GMT telah melonjak lebih 35,000%, menyentuh paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.83 pada tengah malam tadi.

STEPN merupakan projek Game-Fi (game finance/kewangan aktiviti) yang menawarkan ganjaran token kepada pesertanya yang aktif dalam aktiviti berjalan kaki (walking), jogging, atau lari (running).

Selain sinonim dengan ruang GameFi, STEPN juga merupakan salah satu yang menerapkan konsep move-to-earn (M2E).

Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada lonjakan GMT.

  1. Konsep M2E
  • Sama seperti play-to-earn(P2E) yang diketengahkan Axie Infinity (AXS).
  • Mengetengahkan kepada gaya hidup sihat di mana projek ini menggalakkan pelaburnya untuk kekal aktif sambil menjana GMT.
  • Projek STEPN juga memiliki pesaing lain, Genopets (GENE) dan dotmoovs (MOOV).
  1. Laporan keuntungan projek
  • STEPN berjaya mencatatkan pendapatan lebih $26.81 juta hasil daripada bayaran royalti dan penjualan NFT Sneakers untuk suku pertama 2022.
  • Kaitan antara GMT dan NFT Sneakers:
    • Untuk sertai aktiviti sihat ini, pelabur perlu mendapatkan NFT Sneakers.
    • Pembelian itu membolehkan pelabur menerima token dalam aktiviti ini iaitu Green Satoshi Token (GST).
    • Kemudian daripada pengumpulan GST, pelabur boleh tukarkan kepada SOL atau USD Coin (USDC).
    • Pendapatan dalam SOL memudahkan anda untuk membeli NFT Sneakers.
  • STEPN menggunakan keuntungan mereka dan membuat pembelian semula pertama GMT dari pasaran kedua untuk dibakar, melenyapkan sejumlah GMT dari pasaran.
  • Jumlah token ini terhad pada 600 juta GMT dan kini hanya 10% sahaja berada dalam pasaran semasa.

Ketika penulisan, harga GMT sedikit rendah dari rekod ATH, susut lebih 13%, didagangkan pada $3.53 seunit. GMT masih lagi kekal melonjak hampir 9% untuk tempoh 24 jam.

Mana-mana pelabur kripto yang fit tu, bolehlah join STEPN. Jangan biarkan lemak berleluasa!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat