Pakar Percaya Harga Cardano Bakal Lepasi Ethereum!

967

Perbandingan mata wang kripto antara Cardano (ADA) dan Ethereum (ETH) menjadi perkara biasa susulan kedua-dua membuat tindakan serupa, iaitu ADA melancarkan proof of stake (PoS) manakala ETH melangsungkan The Merge.

Difahamkan, ADA kini berada di kedudukan 8 mengikut modal pasaran dan ETH pula sentiasa di belakang BTC.

Malah stablecoin seperti Tether (USDT) dan USDC melakukan peningkatan walaupun terdapat 20 mata wang kripto yang mengalami kejatuhan.

Oleh demikian, Ben Armstrong, seorang influencer kripto menjangkakan bahawa ADA bakal mengumpul bahagian pasaran yang besar dalam tempoh enam hingga sepuluh tahun.

Tambahnya lagi, aset digital tersebut berpotensi mengatasi ETH dari segi had pasaran serta pangkalan pengguna.

Jika diperhatikan, paras pasaran ADA berjumlah $12.58 bilion dan ETH pada $157 bilion, manakala saiz pasaran ETH adalah 13 kali ganda daripada ADA.

Sementara itu, harga ADA kini menyusut sebanyak 0.33% iaitu berada pada paras harga $0.3673 dalam tempoh 24 jam lalu, bilamana ETH turun 0.93% pada harga $1,258.08.

Diperjelaskan bahawa bukan sahaja harga ADA berada dalam keadaan tidak menentu disebabkan ekonomi global yang tidak memberangsangkan, malah aset digital yang lain turut menerima tempias yang serupa.

Menurut penganalisis kripto Michael van de Poppe, ADA akan membuat lonjakan harga ekoran harga semasanya berada dalam keadaan kukuh, sebaliknya ETH harus mencapai paras harga $1,450 untuk meneruskan kenaikan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat