Pakar Ramal Inflasi Malaysia Lebih Cepat Pulih Dari Negara Lain

640

‘Ada harapan untuk pulih bak kata pakar.’

Inflasi di negara membangun seperti Malaysia dan Indonesia dijangka akan kembali ke bacaan lebih stabil pada kadar yang sama dengan negara-negara maju lain.

Perkara tersebut telah diulas oleh penganalisis Moody Analytics dalam satu nota dengan menyatakan penggunaan susbsidi kerajaan yang besar dalam mengekalkan harga domestik akan membantu mengurangkan tekanan inflasi.

Nota tersebut menerangkan lagi bahawa Malaysia dan Indonesia kaya dengan sumber asli seperti komoditi tenaga dan bijih galian yang akan mengurangkan kebergantungan import serta pendedahan terhadap inflasi luar.

Mengambil contoh Indonesia, negara tersebut mengaplikasikan obligasi pasaran domestik terhadap komoditinya yang memerlukan perniagaan menjual sebahagian daripada hasil dalam negara pada harga diskaun.

Dalam pada itu, firma tersebut membuat perbandingan dengan negara maju yang kekurangan sumber asli seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan.

Menurutnya, negara-negara tersebut terpaksa mengambil harga dan lebih terdedah kepada inflasi luar ekoran kurang sumber asli untuk diimport.

Malahan ekonomi negara-negara tersebut lebih mengkhususkan dalam industri nilai tambah tinggi seperti pembuatan berteknologi yang menggunakan input import.

Pada sisi berbeza, inflasi di Australia dan New Zealand pula akan berjaya ditangani dengan dasar monetari yang berada dalam landasan terbaik 20 tahunnya serta dasar kerajaan yang kukuh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat