Pakej Bantuan PERMAI Boleh Pulihkan Malaysia!

382

Menurut ahli ekonomi, pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion yang diumumkan kerajaan hari ini akan membantu mengurangkan kesan penularan Covid-19 dan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO 2.0) terkini terhadap pertumbuhan produk domestik kasar (KDNK) suku pertama sambil menyokong pemulihan dari suku kedua seterusnya.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh ahli ekonomi Sunway University Business School, Prof Dr Yeah Kim Leng, pakej bantuan PERMAI adalah satu inisiatif yang disambut baik, terutama bagi isi rumah berpendapatan rendah dan perniagaan yang terjejas, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Manakala Datuk Michael Kang, presiden Persatuan UKM Malaysia, mengatakan bahawa pengumuman adalah tepat pada masanya kerana bantuan tersebut dapat membantu mempertahankan perniagaan sekurang-kurangnya untuk jangka pendek.

Untuk pengetahuan semua, pakej berkenaan terdiri daripada 22 inisiatif untuk memerangi Covid-19, dan disertakan dengan 3 tujuan, iaitu memerangi wabak, menjaga kesejahteraan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Antara bantuan yang diumumkan hari ini merangkumi moratorium pembayaran pinjaman yang disasarkan dan pengurangan pembayaran ansuran akan terus ditawarkan oleh bank semasa pelaksanaan MCO 2.0.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat