Pakej Rangsangan Jepun Cecah Rekod Terbesar

289

Pakej rangsangan baru Jepun dilaporkan akan merangkumi perbelanjaan kira-kira 55.7 trilion yen ($488 bilion) untuk menyokong ekonomi yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19.

Dengan nilai tersebut, ia akan melepasi perbelanjaan sebelum ini yang direkodkan sebagai tertinggi pada 2020. Ini sekali gus menjadikan saiz perbelanjaan, termasuk dana sektor swasta akan menjadi 78.9 trilion yen.

Manfaat untuk isi rumah dan perniagaan telah dinaikkan selaras dengan dasar pengagihan oleh Perdana Menteri Fumio Kishida. Peningkatan dalam bon kerajaan untuk menampung defisit tidak dapat dielakkan, tetapi perbincangan mengenai pembiayaan telah ditangguhkan.

Bahagian utama dalam pakej tersebut adalah menyediakan 100,000 yen dalam bentuk pemberian tunai kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke bawah dan geran sokongan sehingga 2.5 juta yen untuk perniagaan.

Kira-kira 31.9 trilion yen akan diperuntukkan dalam belanjawan tambahan fiskal 2021 manakala 5 trilion yen lagi dalam dana rizab akan dimasukkan dalam rancangan belanjawan fiskal 2022.

Sebelum ini, pakej rangsangan ekonomi terbesar ialah 48.4 trilion yen yang dilaksanakan pada April 2020. Pada Disember tahun yang sama, kerajaan menyuntik satu lagi pusingan rangsangan bernilai 40 trilion yen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat